Isnin, 25 Jun 2012

Produk



Terdiri daripada:
Satu set Formula 1 – campuran shake soya berkhasiat tinggi
Satu set Formula 3 – serbuk protein soya dan whey untuk pembentukan tubuh
Satu set Campuran teh herba Tea mix – untuk mempercepatkan pengeluaran bahan buangan badan.
Kombinasi produk-produk ini merupakan kunci kepada kepantasan penurunan berat badan dan pembentukan tubuh seperti yang anda inginkan.
Bukan sahaja shake, tapi makanan yang canggih
  • Formula 1 - Makanan Sihat
  • Lebih VITAMIN A dari Mangga
  • Lebih VITAMIN C dari Pisang
  • Lebih PROTIN dari 65g Paha Ayam
  • Lebih SERAT dari 50g Sayur Brokoli
  • Lebih KALSIUM dari 200g Yogurt
  • Lebih ZAT BESI dari 115g Kekacang

semua ini dengan hanya 220 kalori
Makan secara sihat tidak pernah semudah dan sesedap ini!

80% daripada rawatan doktor adalah berkaitan dengan nutrisi, 50% daripada kematian yang disebabkan Kanser, Angin Ahmar, Serangan Jantung atau Diabetis adalah berkaitan nutrisi. Adakah makan tengahari biasa anda mempunyai Protin, Vitamin, Mineral, Serat dan Kalsium yang di perlukan badan anda? Adakah anda mendapat semua ini walaupun anda sendiri yang menyediakannya? Kalau anda menyediakan makanan sendiri, adakah ia 220 kalori atau kurang? Tanpa gula, karbohidrat, minyak, lemak dan garam? Saya percaya anda adalah salah seorang dari ratusan juta manusia di seluruh dunia yang tidak mendapat nutrisi yang bagus. Jangan risau, ada cara dan penyelesaian yang ringkas dan mampu dimiliki, ini penyelesaian yang cuba Herbalife bawa ke seluruh dunia dalam tempoh 30 tahun, kepada 65 juta pelanggan yang gembira di lebih 72 negara - Formula 1 - Campuran Shake Nutirisi.
Menggunakan produk utama Formula 1 Herbalife sebagai sarapan nutrisi untuk memulakan hari anda adalah yang terbaik. Tujuan utama Formula 1 dicipta adalah untuk angkasawan dan agensi angkasa lepas NASA untuk memenuhi keperluan mereka untuk makanan yang sempurna, memberi tenaga tinggi dan mudah disediakan. Bila anda mengambil Formula 1 yang enak untuk menggantikan makanan yang selalunya tidak berkhasiat, anda telah menyelesaikan 1/3 dari masalah nutrisi anda! Daripada memulakan hari dengan kekurangan nutrisi, lebihan lemak, dan karbohidrat yang tidak di gunakan, sekarang bayangkan apa yang anda akan masukkan dalam badan anda - Sarapan sempurna.


Formula 3 - Serbuk Protin Individu

Seterusnya tambahkan Serbuk Protin Individu Herbalife ke dalam shake anda dan bawa kesan yang anda lihat ke tahap seterusnya. Otot-otot dalam badan anda adalah enjin yang menggerakkan kita, kalori yang kita makan, terutamanya karbohidrat, adalah minyaknya. Lebih banyak otot berkualiti yang kita ada dalam badan, lebih banyak kalori yang kita bakar, walaupun kita hanya sedang duduk di atas kerusi! Jadi bagaimana kita boleh menambahkan otot berkualiti dalam badan kita? Makan lebih protin berkualiti dan kekal aktif. Ada banyak buku yang ditulis mengenai apakah protin yang terbaik, terutamanya Dr.David Heber dalam "LA Shape Diet". Jawapannaya adalah protin tanpa daging, kebanyakkannya protin soya untuk lebih speisifik. Sebabnya ialah protin adalah blok untuk membina otot, dan senang di cerna, protin tanpa lemak digunakan hampir sepenuhnya untuk membentuk otot yang sihat. Jadi lebih sedikit karbohidrat yang di makan dan lebih banyak protin soya, kita menukar persamaan dalam badan kita daripada sesuatu yang banyak lemak dan merosakkan kesihatan, kepada sesuatu yang efisyen dan membakar lebih banyak kalori untuk memberikan kita lebih tenaga.

Kita semua mempunyai jumlah protin yang menakjubkan dan sesuai mengikut diri masing-masing, dan ianya berbeza dari satu badan ke badan seterusnya. Oleh kerana itu Herbalife membolehkan anda untuk menambah jumlah Serbuk Protin Individu yang ideal ke dalam shake Formula 1 anda. Formula 1 Herbalife dan Serbuk Protin Individu (Formula 3), menghasilkan imbangan yang baik untuk nutrisi yang terbaik.


Minuman Herba Segera - "Minyak Untuk Roket" (TEA MIX)

Minuman herba dari Herbalife adalah ramuan penting terakhir untuk sarapan terbaik anda, dan jawapan kepada nutrisi anda. Minuman asli dan enak ini akan membuat anda percaya kepadanya selepas pertama kali meminumnya. Kombinasi herba dan teh hijau hebat ini akan membersih dan menyegarkan badan anda dan memberi anda jumlah tenaga yang boleh di gunakan dengan banyaknya. Bila anda mengambil minuman enak ini, sejuk atau panas, anda akan meningkatkan tahap metabolisma anda dan membakar lemak untuk membentuk lebih banyak tenaga. Kepada meraka yang merasakan minuman kopi atau kaffin tidak membantu, mereka akan sukakan minuman herba ini. Tiada perasaan tidak selesa akibat kaffin, cuma banyak tenaga yang boleh digunakan. Ini membuatkan minuman herba ini bagus untuk latihan sukan dan pertandingan dan juga bila-bila masa anda memerlukan tenaga. Tidak kira samada anda belajar, memandu jarak jauh, atau pada bila-bila masa anda mahu rasa paling bertenaga! Minuman herba juga membantu membersihkan dan membuang toksin dalam badan secara semulajadi. Jadi Formula 1, Formula 3 dan Minuman Herba adalah kombinasi terbaik untuk sarapan anda.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan